Visi & Misi
Perkhidmatan
White Resort Camp menawarkan khidmat sewaan prasarana dan kemudahan elemen latihan.
Selain daripada itu, kami juga turut memberikan perkhidmatan melaksanakan latihan
sebagai satu proses membentuk dan mengembangkan sumber modal insan yang
bermutu di kalangan pelajar, masyarakat serta pelbagai pihak yang lain.
Oleh yang demikian itu, kami telah menggunakan modul-modul yang terbukti
keberkesanannya berdasarkan kajian yang mendalam supaya ianya dapat memberi
nilai dan mencapai objektif.
Visi
Menjadi sebuah kem latihan yang dapat menyediakan perkhidmatan
paling unggul dan sentiasa menjadi pilihan utama.
Misi
Menyediakan kualiti perkhidmatan kemudahan prasarana yang kondusif
dan selamat serta melaksanakan program latihan secara professional.
Matlamat
🌼 Sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa.
🌼 Meningkatkan kemahiran para peserta melalui program latihan yang disediakan.
🌼 Merancang, melaksana dan sentiasa memantapkan kualiti latihan
yang ditawarkan.
Sasaran Peserta
🌼 Pelajar Sekolah.
🌼 Institusi Pengajian Tinggi.
🌼Kakitangan Kerajaan.
🌼 Syarikat Korporat, Swasta dan Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO).
Strategi Teras
🌼 Pembangunan Prasarana Penginapan, Dewan dan Kemudahan Latihan.
🌼 Pembangunan Program Jati Diri, Motivasi dan Kepimpinan.
🌼Pembangunan Program Kem Survival dan Badan Beruniform.
🌼 Pembangunan Team Building.
🌼 Pembangunan Latihan Korporat.